
Sulit
4 tahun
Jahitan bersalin belum sembuh
Assalammualaikum saya nak tnya , kalau luka bersalin normal belum sembuh dah nak dekat sebulan tu normal ka atau tak ? Saya bersalin anak pertama . Mak dan adik beradik saya hairan kenapa luka lmbat sembuh dan kering hmm saya risau

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, keadaan luka jahitan masih belum sembuh meskipun sudah lama bersalin di mana kebiasaanya sembuh dalam masa 14 hari boleh disebabkan:
- Jenis benang jahitan yang tidak larut
- Luka dalaman - akibat kurang penyembuhan dari dalam
- Iritasi kulit - akibat alahan atau jangkitan kuman
- Luka pada organ dalaman
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.