
Sulit
5 tahun
Jahitan bersalin terasa gatal
Saya sudah bersalin 20 hari secara normal. Tapi skrg luka jahitan saya terasa gatal . Adakah normal atau tidak. Kalau saya tngok luka jahitan ok tiada masalah.
N luka jahitan saya bahagian atas ada renggang sedikit. Benang jahitan nmpak terkeluar. Nurse ckp akan baik sndr tp ambk masa. Betul ke

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, rasa gatal di bekas jahitan luka boleh timbul disebabkan oleh beberapa hal seperti:
- Akibat iritasi benang jahitan
- Adanya jangkitan kulit setempat
- Kesan pembentukan parut
Memandangkan tidak jelas bagaimana keadaan sebenar tanpa melihat sifat jahitan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.