Sulit
4 tahun
Jamu untuk kesuburan
Hai doc, saya ingin bertanya 4 hari lepas sy ade makan postinor 2, boleh kah saya memakan jamu utk kesuburan? Jamu itu utk melancarkan period? Mohon penjelasan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, keterangan anda adalah kurang jelas. Masih diperlukan maklumat seperti jamu jenis apa agar pihak kami boleh mengkaji status pendaftaran jamu tersebut dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kesan yang boleh terjadi akibat pengambilan jamu tersebut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.