
Sulit
4 tahun
Jangkitan Bisul Berulang
Hi Dr.
Badan saya kerap dinaiki bisul terutamanya di ‘groin area’ dan ketiak. Jangkitan adalah berulang di mana setiap bisul akan naik setelah yang lama sembuh, dalam masa 2 bulan saya 4 kali di tempat yang berlainan. Jangkamasa untuk sembuh bagi setiap bisul adalah 1-2 minggu bergantung pada saiz bisul. Saya merawatnya dengan menggunakan antibiotik cream. Saya kerap menukar tuala mandi & menjaga kebersihan dengan sebaiknya. Apakah yang menyebabkan masalah ini berlaku?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang anda hadapi. daripada maklumat tersebut, terdapat beberapa kemungkinan yang boleh menyebabkan anda mengalami gejala bisul pada ketiak dan sekitar bahagian sulit ini, antaranya:
- Foliculitis; jangkitan pada folikel bulu ketiak/bulu alat sulit
- Alahan terhadap bahan kimia dalam ubat ketiak atau deodorant
- Terdapat kemungkinan deodorant yang dikatakan semula jadi masih mempunyai bahan kimia yang kurang serasi dengan kulit anda
- Benjolan daripada kalenjar limfa yang bengkak
- Lipoma
- Penghidap kencing manis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.