Sulit
4 tahun
Jangkitan covid ke atas kanak-kanak
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya ingin bertanya,apakah kesan jangka masa panjang kanak kanak yg di jangkiti wabak c19 ini?
Apakah terjejas dari masalah kesihatan?bila kah badan mereka betul-betul sihat?
Terima kasih.
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Jangkitan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah perlu ditangani dengan serius kerana kesan jangka panjangnya terhadap tumbesaran dan perkembangan mereka masih belum diketahui menerusi kajian tertentu. Hingga saat ini, kesan jangka panjang jangkitan Covid 19 terhadap kanak-kanak masih belum diketahui secara pasti.
Namun begitu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































