ayieshothman7
6 tahun
Jangkitan Covid19 di IOI Conezion
Hai dr. Saya merupakan salah seorang staff di IOI Conezion. Kenyataan KPK menyatakan staff di IOI Conezion perlu membuat saringan kerana ada diantara pelanggan kami terkena jangkitan Covid19 pada 7mac. Sehingga skrg saya tiada sebarang symptom yg berkaitan.adakah saya perlu mmbuat saringan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera.
Oleh kerana anda telah menerima arahan untuk berbuat demikian, anda harus ke hospital berdekatan untuk menjalani ujian saringan. Untuk makluman anda, tempoh pengeraman bermaksud jangka masa seorang terdedah kepada virus sehinggalah menunjukkan simptom. Tempoh pengeraman Coronavirus adalah dalam jangka masa 2 hingga 14 hari.
Anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19).
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Terima kasih untuk soalan anda.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































