fazira.ayie
4 tahun
Jangkitan fungus di telinga
saya seorang wanita berumur 25 tahun…9 hri yg lalu sy telah berjumpa dgn doktor…kerana sy mengalami sakit telinga yg teruk sehinga bernanah… doktor menyatakn telinga sy terkna jangkitan fungus…dn memberikn ubat titik anti fungus…namun begitu ketika memakai ubat tersebut sy merasa sgt skit … seperti di bakar (dalm telinga) adakah itu normal ??dn sy mempunyai gegendang telinga yg bocor…ada kah ia nya akan memberi kesan kepada pengambilan ubat anti fungus yg sy titik di telinga setiap hari?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Pengambilan ubat anti-kulat/fungus pada umumnya akan memberikan sensasi seperti terbakar ataupun sakit pada kulit. Manakala kebocoran pada gegendang telinga boleh merupakan kesan jangkitan kulat dalam telinga anda. Sekiranya perkara ini berlanjutan dan semakin memudaratkan anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.