Anonymous
4 tahun
Jangkitan kuman dalam darah kanak kanak diusia 1 tahun
Hai dan salam sejahtera doktor. Saya ada seorang anak saudara lelaki yang bernama Ummar berumur 1 tahun. Baru baru ini saya dapati anak saudara saya demam, selsema dan sedikit batuk. Ummar setiap hari tak kira malam dan pagi sentiasa menangis. Harini kedua orang tua Ummar membawanya ke klinik dan doktor memberitahu bahawa Ummar dijangkiti kuman dalam darah. Saya nak tahu punca jangkitan kuman ini dan apakah risiko untuk kanak kanak sekecil Ummar. Juga makanan yang harus dielak, serta bagus untuk dimakan demi kebaikan kesihatan. Terima kasih.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, jangkitan kuman dalam darah boleh terjadi kerana jangkitan pada tempat lain seperti jangkitan saluran kencing, jangkitan saluran udara serta jangkitan dalam perut. Apabila bakteria menjangkiti organ seseorang itu dan badan tidak dapat melawan mereka sepenuhnya, kuman atau bakteria ini akan mula memasuki saluran darah untuk menjangkiti organ-organ lain dan ini dipanggil sebagai “sepsis”. Dari segi pemakanan, jika sudah positif terdapat jangkitan kuman dalam darah, makanan yang perlu dielakkan adalah makanan yang akan berinteraksi dengan antibiotik yang diberikan. Maklumat ini boleh didapati oleh doktor atau ahli farmasi yang memberikan ubat tersebut.
Jangkitan kuman dalam darah terutamanya dalam kanak-kanak sangat sensitif dan rawatan perlu diikuti atas nasihat doktor hospital. Risiko jangkitan kuman dalam kanak-kanak boleh menyebabkan kegagalan organ dan kematian jika tidak tidak dirawat secara tepat dan cepat. Sekian.