Sulit
3 tahun
Jangkitan kuman dalam darah pada wanita yang berusia 50an. apa yang boleh saya lakukan jika masalah ini berterusan kerana kerap demam panas
sya nak tahu rawatan jangkitan kuman dalam darah pada wanita yang berusia 50an. apa yang boleh saya lakukan jika masalah ini berterusan kerana kerap demam panas
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu menghadapi masalah demam panas secara berterusan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah jangkitan kuman dalam darah boleh bermula dari mana-mana punca jangkitan kuman seperti dalam perut, hati mahupun saluran kencing. Jangkitan kuman adalah perkara yang sukar diramal mengenai siapa yang akan mengenainya. Antara faktor risiko jangkitan kuman adalah kebersihan, imun lemah serta penyakit kronik. Untuk mengatasi masalah jangkitan kuman dalam darah ini, antibiotik adalah penting bagi membasmi kuman dan mengelakkan kuman daripada merosakkan organ.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga boleh klik pada link ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.