
Sulit
3 tahun
Jangkitan kuman dekat tekak
Selamat pagi dokter… ini masalah pada anak saya… baby saya baru umur 8 bulan… semalam saya bawak anak saya pergi hospital sebab anak saya sudah dekat 2 minggu batuk berkahak dan dada anak saya bunyi berkahak… dokter dekat hospital ambil sample darah anak saya… hasil ujian darah mendapati anak saya ada jangkitan kuman dekat tekak… ape perlu saya buat untuk hilangkan jangkitan kuman dekat tekak anak saya yang baru usia 8 bulan? Perlu ke saya ambil antibiotik untuk anak saya??? Tolong bantu saya dokter…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah sakit tekak yang berlaku secara rawak. Untuk makluman anda, jangkitan kuman sememangya memerlukan pengambilan antibiotik untuk mengatasi masalah tersebut. Oleh itu, disarankan untuk anda berikan ubat antibiotik kepada anak anda.
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria
Sila berjumpa dengan dokotr anda yang berdekatan sekiranya keadaan anak anda masih tidak beransur pulih selepas menghabiskan antibiotik.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.