norsuhaila731101
4 tahun
Jangkitan kuman di telinga
Saya ada membuat operation membuang nanah di telinga …saya ada juga memakai tiub di telinga…saya ingin bertanya doktor kenapa telinga saya masih sakit walaupun saya sudah membuang nanah di telinga…adakah ubat antibiotik tidak berkesan kepada saya.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Apabila seseorang melakukan pembedahan samada besar atau kecil, badan akan cuba untuk membaiki kawasan pembedahan dan ini menyebabkan sel darah putih lebih tertumpu dikawasan pembedahan. Hal ini menyebabkan rasa kesakitan walaupun sudah membuat pembedahan dan menerima antibiotik untuk melawan bakteria. Sekiranya gejala sakit telinga anda berlarutan dan bernanah kembali serta pendengaran anda terjejas, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.