Sulit
3 tahun
Jangkitan kuman dlm badan
sy nak tanya,adaka jangkitan kuman apabila kemaluan kita sakit dan nyeri apa pungggung,nyeri kaki pada dan betis…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Bagaimanapun, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, jangkitan kuman dalam badan / darah boleh disebabkan oleh keadaan seperti:
- jangkitan bakteria - Jangkitan yang dimaksudkan ini selalunya bermula dengan hanya sebuah organ seperti paru-paru, pundi kencing, buah pinggang, kulit, abdomen dan sebagainya. Apabila jangkitan ini tidak dirawat dengan segera, ianya akan merebak ke aliran darah dan menyebabkan gejala “septicaemia” ini.
- Pembedahan - berisiko untuk mengalami jangkitan kerana kelemahan badan and sistem imun selepas pembedahan.
- Sistem imun yang lemah - Sistem imun ini berfungsi sebagai pelindung untuk mencegah pencerobohan kuman-kuman ke dalam badan kita. Dengan sistem imun yang lemah, pesakit-pesakit ini akan lebih berisiko untuk menghidapi masalah “septicaemia” ini.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih