
zenhussien.86
5 tahun
Jangkitan kuman pada kanak kanak
Anak saya berumur 7 tahun. Dia sekarang batuk batuk hampir 2 minggu sudah. Kami telah ke Klinik sebanyak 2 kali namun doktor mengesahkan tiada apa yang serius. Doktor beri ubat demam, ubat batuk dan antibiotik. Pada masa sama dia mengadu sakit perut tapi doktor mengatakan itu adalah sembelit selepas memeriksa bahagian perut anak saya yang keras sedikit.
Saya risau jika anak saya menghidapi jangkitan kuman pada paru paru kerana dia pernah demam, rasa sejuk menggigil, pernah muntah namun dia sangat berselera makan serta belum lagi bibir/kuku warna kebiruan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang diberikan oleh tuan/puan, batuk yang berlanjutan selama 2 minggu dan lebih boleh berpunca atas pelbagai sebab. Pada kebiasaanya kanak-kanak akan dijangkiti oleh virus penyebab batuk dan virus ini mempunyai pelbagai jenis. Sekiranya gejala batuk anak anda disertai dengan demam panas berpanjangan, kahak, muntah ataupun kurang berat badan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor. Hal ini kerana jangkitan oleh virus juga boleh digantikan dengan bakteria pada paru-paru ataupun pada salurannya. Anda juga boleh bertanya secara privasi dengan memberikan maklumat tambahan di link (DoctorOnCall) ini.