
Sulit
5 tahun
Jangkitan kuman pada testis
Saya lelaki berumur 24, pda bulan 11 bermula terkena jangkitam trsbut.pda waktu itu, bhgian blkg bdan dan pinggang sakit.stlah itu, sya trus prg ke hsptl untuk check up dan disah jangkitan kumas pda testis.semsa di check up sya tlah d bri antibiotik melalui injection dan ubat pill antibiotik.stlah 1 mggu keadaan sya kembali baik .pda awl januari 1 2020 bermula la kmbali sakit pda bhgian pinggang dan kerap kencing pda waktu mlm.bru bru ini ada prg ke klinik kerajaan, pemeriksaan air kencing tidak ada apa apa.tetapi melalui pemerhatian sya air kencing sya kotor dan mempunyai tompokkan dan berbuih.sya amat risau dan tkt akn merebak ke buah pinggang sya.amat mengganggu prestasi kerja sya.apa yg ptt sya lakukan doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan banyaK perkara. Antaranya:
- jangkitan pada salur kencing
- masalah buah pinggang
- sesetengah posisi buang air kecil boleh menyebabkan kencing berbuih.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.