
Sulit
3 tahun
Jangkitan kuman saluran kencing dan rahim jatuh
hai doc, saya wanita 20 an. baru baru ni saya ada jangkitan kuman pada saluran air kencing. dan ini kali ketiga saya dapat sakit ni. saya juga ada buat scan abdomen untuk check rahim saya bulan lepas dan doc kata rahim saya okay. saya check google ada kata yang simptom jangkitan kuman dalam saluran kencing sama dgn simptom rahim jatuh. soalan saya adakah dua masalah ni mempunyai sama simptom? saya sakit bahagian ari ari dan sakit belakang dan pinggang.
soalan lagi, betul ke kalau kerap dapat jangkitan kuman saluran kencing kemungkinan untuk rahim jatuh tinggi?
Mohon pencerahan, terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, jangkitan saluran kencing disebabkan oleh bakteria yang menyerang pundi kencing, uretra dan buah pinggang. Jika dibiarkan tidak terkawal, keadaan ini akan menghalang aliran air kencing di saluran kencing dan menyebabkan jangkitan lanjut. Tubuh cuba melawan jangkitan menggunakan sel darah putih. Akibatnya, bilangan sel darah putih dalam air kencing anda meningkat.
Biasanya sakit sebegini disebabkan oleh:
- Jangkitan kuman pada saluran kencing
- Jangkitan kuman pada faraj
- Batu karang
- Penyakit jangkitan kelamin
- Keradangan faraj
- Trauma
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor