
Sulit
5 tahun
Jangkitan mata pada bayi
Hi, anak saya berumur 4 bulan dan mengalami masalah pembuluh air mata tersumbat sejak lahir hingga sekarang. Mata dia sentiasa berair dan kadang-kadang keluar air mata. Sejak 2 minggu ini, mata anak saya jadi kemerahan di bahagian luar dan apabila bawa ke pakar, dimaklumkan bahawa terkena infection tetapi cuma di bahagian luar. Dr berikan ubat alcon maxitol ointment untuk sapu setiap 2 jam sekali. Dan sehingga hari ini masih ada kemerahan disebabkan anak saya kadang-kadang gosok matanya.Soalan saya adakah selamat untuk sy sentiasa menggunakan ointment ini secara berterusan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit mata pada bayi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Viral conjunctivitis akibat jangkitan virus, tiada ubat
- Conjunctivitis bakteria.
- Cairan normal yang sering disebabkan iritasi seperti garu dengan tangan
- Salur air mata yang tersekat.
- Benda asing dalam mata
Selain dari pengubatan, anda juga boleh melakukan hal berikut untuk mengurangkan berat masalah:
- Menyapu ia dengan air suam
- Sentiasa mencuci tangan dengan bersih sebelum menyentuh mata
- Elakkan menggaru atau menenyeh mata terlalu
sering
Merujuk kepada ubat alcon maxitrol, harus diketahui bahawa ubat ini hanya diberikan pada masalah keradangan mata sahaja. Malah penggunaan berpanjangan adalah tidak digalakkan. Justeru, sekiranya masalah mata bayi anda masih belum terubat, anda harus merujuk kembali kepada doktor tersebut agar dapat diganti ubat dan diberikan perawatan lanjut.
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak beberapa lama, dikhuatiri dapat menganggu keselesaan bayi. Sebaiknya anda mendapatkan perawatan dan rujukan ulang untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.