Sulit
4 tahun
Jangkitan pada payudara
Sy ada membuat ultrasound dan hasilnya mengatakan payudara sy mempunyai jangkitan. (Tiada lumps tetapi doktor kata mungkin lumps sy berbentuk flat) Ultrasound akan diulang semula selepas 3 bulan. Sy pernah mempunyai mastalgia dan dah elok. Bagaimanakah utuk saya merawat jangkitan tersebut. Tiada ubat diberi dan adakah jangkitan tersebut berbahaya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan sekarang !
Berdasrakan kenyataan anda, umumnya terdapat beberapa kemungkinan yang boleh berlaku. Antaranya termasuk:
- Posisi kista tersebut berada di bahagian yang dalam sehingga tidak dapat di temukan secara sentuhan fizikal dari luar.
- Konsistensi kista tersebut tidak terlalu ketara atau pejal sehingga sulit untuk dideteksi secara fizikal
- Gangguan ketumbuhan tersebut terkait dengan perubahan hormon atau faktor saluran tubuh yang lain.
Antara penyakit yang boleh dikaitkan dengan kondisi anda juga termasuk
- Kista payudara (gangguan jinak)
- Fibroadenoma
- Gangguan kelenjar
- Gangguan saluran limfa
- Ketumbuhan neoplasma
Disamping itu, anda juga disarankan untuk belajar teknik pemeriksaan sendiri payudara atau PSP bagi menilai sendiri kondisi payudara anda dari semasa ke semasa. Kami juga tetap menyarankan anda untuk berjumpa doktor apabila berlaku perubahan konsistensi kista atau sekiranya anda masih ragu-ragu tentang kesihatan payudara mahupun kesihatan diri secara umum.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan wanita anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).

































