
Anonymous
2 tahun
Jangkitan pundi kencing
Hi. Saya mengalami jangkitan pundi kencing dlm berapa hari ni. Dan saya mengalami selsema, demam dan sembelit apaa solution dia untuk saya tidak menahan di hospital?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman saudara, terdapat beberapa penyebab kencing kotor. Antaranya:
- Jangkitan kuman pada salur kencing
- Penyakit batu karang
- Jangkitan penyakit kelamin
- Kecederaan
Bagi masalah seperti selsema,demam dan sembelit itu ia mungkin disebabkan oleh komplikasi dari masalah kencing kotor yang tidak dirawat. Saya menyarankan anda untuk segera berjumpa dengan doktor untuk rawatan.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian secara percuma. Terima kasih.