
Sulit
5 tahun
Jangkitan telinga,rhinitis & faringitis
hai doktor,good morning.
sy ada masalah allergies rhinitis,dah makan loratadine yg dibekalkan husm,dah pakai spray avamys,dah cuci ruang sinus dgn nasal spray yg dibekalkan doktor.nwxt appointment di husm pd 1/6.masalahnya sekarang,hidung sy still tersumbat setiap Ari,walaupun dah berpantang makan & dah makan ubat.last week at demam & doc bgtau radang rhinitis,dah habiskan antibiotic 3 jenis.yg terakhir ialah enhancin tab 625mg barulah demam sy reda.cuma belakang telinga & bhgn kelenjar leher masih rasa berdenyut,mucus masih bnyak.apa yg perlu sy lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, hingus/mukus berlebihan boleh disebabkan:
- Jangkitan selesema (virus berlainan setiap kali jangkitan)
- Resdung (alahan pada habuk, bulu binatang dan lain-lain)
- Jangkitan saluran udara kronik/berpanjangan
- Penyakit saluran udara sempit (COPD)
- Bronkiektasis (saluran udara kembang dan berkahak)
- Fibrosis sistik
- Jangkitan paru-paru seperti tibi
Badan anda mengambil masa untuk pulih sepenuhnya. Tempoh masa tersebut bergantung pada individu. Sakit tersebut boleh dikurangkan dengan pengambilan paracetamol.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.