Sulit
4 tahun
Jantunf berdegup laju dan kuat
Saya wanita bujang dan berusia 29 tahun
Saya mengalami simptom
- Jantung berdegup laju@kuat dan kdang2 sakit sikit terutama waktu tidur
- Badan rasa sejuk dan kdang2 panas
- Hidung tersumbat
- Telinga berdesing
- Rasa pitam tiba2
- Perut buncit
- mudah terkejut sekiranya dengar bunyi sewaktu tidur dan dada sakit
Saya sudah buat ujian ecg, ujian Tyroid, ujian darah semuanya normal… Telinga saya sudah bersihkan di klinik tetapi simptom di atas masih ada… Kenapa ya doktor sya risau jantung berdegup laju ada lagi ujian yg perlu saya lakukan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Pihak kami percaya, doktor telahpun melakukan pemeriksaan keatas diri anda berdasarkan kepada keperluan dan kondisi diri anda. Beliau telah membuat beberapa prosedur bagi mengesahkan status kesihatan diri anda.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, gejala jantung berdebar dan laju boleh disebabkan oleh:
- Sangat tertekan
- Cemas dan panik
- Hamil
- Mengambil ubat yang merangsang jantung
- Penyakit hipertiroidisme
- Mempunyai masalah jantung yang lain seperti “arrhythmia”, kecacatan jantung, serangan jantung atau pernah melaui pembedahan jantung.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut daripada anda adalah diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!
h




























