
Sulit
3 tahun
Jantung baby dalam kandungan tiada sewaktu scan dilakukan
saya hamil 14minggu 3hari…2 hari lepas pinggang saya sakit…dan sy ke kecemasan…doc scan n jantung bby tiada…scan atas dan bawah…n 24 ni baru disuruh pergi EPAU…tp baru tadi ada kluar ketulan darah sebesar 20sen berwarna coklat hati ayam…adakah saya mmg keguguran…mohon penjelasan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, sukar untuk kami katakan sama ada anda mengalami keguguran kerana maklumat lanjut dan juga pemeriksaan perlu dilakukan. Kami sarankan anda untuk pergi ke klinik atau hospital berhampiran untuk pemeriksaan segera.
Anda masih risau tentang pendarahan yang dialami? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sila berjumpa dengan doktor segera juga jika anda mengalami gejala ini:
- Demam
- Sakit perut atau ari-ari
- Pendarahan yang tidak berhenti
- Lemah badan dan lesu
- Pucat
- Loya dan muntah
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang anda alami. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.