
Sulit
4 tahun
Jantung baby tidak berdegup
Hi doktor… Semalam temujnki sy dgn kk… Semasa misi dengar jantung baby deng mggunakan alat dengar jantung baby tu, tidak dapat tangkap bunyi degupan baby saya… Puas misi cuba… Then, refer doktor plk…doktor scan dan tiada degupan jantung jgk… Seminggu lepas ni doktor bagi temujanji dengan hospital pakar… Jadi doktor, sy nak tnya apakah kandungan sy bisa diselamatkan dan apakah langkah yang saya harus lakukan untuk pastikan kandungan saya selamat???

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dengan khabar berita perihal kondisi kandungan anda berdasarkan jalan cerita yang telah disampaikan. Diharapkan puan sekeluarga tetap tabah dan terus bersemangat dalam mengharungi ujian tersebut. Walau bagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak puan & suami.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Kadar degupan jantung bayi di dalam kandungan yang tidak teratur, merupakan salah satu tanda berkemungkinan tidak lagi berlaku suatu gangguan pada proses kehamilan, namun berdasarkan jalan cerita anda ia juga boleh menjadi salah satu tanda seperti:
- kelemahan jantung bayi
- kelainan jantung bayi
- keterbatasan alat perubatan
- mahupun tanda-tanda proses keguguran tahap awal
Namun, diharapkan puan dan suami tidak terlalu berfikiran negatif kerana informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan jalan cerita yang telah disampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar puan terlebih dahulu mendapatkan rawatan secara langsung di hospital pakar tersebut agar penilaian yang lebih komprehensif boleh dilakukan.
Sementara itu, anda disarankan perbanyakkan berehat, kurangkan aktiviti harian melainkan yang mustahak, jangan lupa makan dan minum, sentiasa berfikiran positif namun perlu berpaksikan realiti dan sebarang kemungkinan yang boleh berlaku.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan kandungan anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.