Sulit
3 tahun
Jantung berdebar dan gastrik
Saya wanita berumur 35 tahun dan mempunyai masalah berat badan berlebihan. Kebelakangan ini sy mengalami jantung berdebar dan gastrik kerana minum nescafe (masalah sedia ada). tetapi mslh jntung brdebar dan gastrik sy ini msh brlarutan shngga seminggu. 2 hr kebelakangan ini juga saya mngalami sakit kepala mcm nak pitam n rs nk mntah. sy ad cek tekanan darah. kptsannya normal 121/80. tetapi jntung say 101. Adakah ini brmkna sy mngalami mslh jntung. Trm ksh
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi iaitu dada berdebar dengan kerap. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia (jantung mengepamkan darah dengan lebih kuat dan cepat akibat organ-organ tidak mendapat saluran darah dengan oksigen yang cukup).
- Fibrillasi atrium (jantung berdegup dalam tempoh yang salah)
- Serangan jantung
- Angina pectoris
- Jantung bengkak akibat kegagalan jantung
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma)untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian.
Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!