
Anonymous
6 tahun
Jantung berdebar dan kepala berdenyut
Saya wanita berumur 28tahun pernah mengalami jantung berdegup laju dan pada masa yang sama kepala berdenyut sebelah kanan

6 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi DoctorOnCall.
Masalah yang telah anda nyatakan boleh berpunca daripada;
- migrain
- cemas
- kemurungan
- Takikardia sinus / fibromyalgia
- tumor endokrin
1) Bolehkah sakit kepala dikaitkan dengan degupan jantung laju?
Hal ini adalah biasa bagi pesakit pheochromocytomas, tumor endokrin yang mengeluarkan epinephrine atau norepinephrine, boleh menyebabkan kadar jantung meningkat, sakit kepala dan tekanan darah tinggi. Bagaimanupun kes ini sangat jarang berlaku.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.