
Sulit
5 tahun
Jantung Berdebar dan sakit dada
Saya wanita, berumur 37…seminggu 2 ni jantung saya selalu Berdebar dan rasa denyut laju. Kadang sakit dan pedih bahagian dada… Kadang rasa mcm ada angin yg tak lepas didada. Sakit blakng pun ada juga selalu bangun dari tidur akan rasa jantung laju

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, antara beberapa keadaan yang menyebabkan degup jantung laju adalah:
- Anemia
- Hipertiroid
- Akibat pengambilan minuman berkafein seperti kopi atau teh
- Akibat minuman alkohol
- Akibat ubatan dan herba
- Serangan panik atau akibat cemas
Simptom yang merbahaya dan memerlukan perawatan segera adalah sesak nafas, pening, pengsan/hampir pengsan, sakit dada keterlaluan dan kelemahan secara tiba-tiba. Seandainya gejala yang berlangsung dapat menganggu rutin harian anda, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link di bawah untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!