Sulit
3 tahun
Jantung berdebar debar. Jantung berdebarJantung berdebar debar. Jantung berdebar debar debar .Jantung berdebar debar. Jantung berdebar debar
Jantung sy berdebar debar and laju. Sy rasa pening,muntah and lemah badan. Kepala jadi berat je. RASA gelisah tanpa sebab. Pada hal Saya tak ada masalah pun.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah jantung berdebar anda. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab mengapa seseorang boleh mengalami jantung berdebar:
- Penyakit lemah jantung
- Kurang darah merah (anemia)
- Masalah endokrin seperti hipertiroid
- Masalah psikologi seperti panik dan anxiety
- Membuat aktiviti yang terlalu berat
Walau bagaimanapun, ini hanyalah pandangan kami secara am, anda masih perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar dan supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan kepada anda.
Segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai gejala seperti yang disebutkan di bawah:
- Sakit dada
- Berpeluh
- Demam
- Sukar bernafas
- Jantung berdebar mengganggu aktiviti harian dan tidur anda
- Pitam
- Lemah dan lesu badan
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk sesi konsultasi secara peribadi di atas talian bersama dengan doktor kami. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!