
nur.hazirahashim
6 tahun
Jantung berdebar-debar
Sy wanita 20-an… Nk minta pendapat dan pandangan doktor… Bolehkah sy amalkan folic acid sebelum hamil dan apakah yg menyebabkan sy kerap rasa berdebar-debar kebelakangan ini seperti darah dipan laju seminggu dua ini. Apakah sebabnya ea doc.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, pengambilan folic acid amat disarankan pengambilannya sebelum hamil. Ini adalah untuk memastikan tubuh anda bersedia dan mempunyai zat dan nutrient secukupnya untuk hamil.
Tentang masalah jantung berdebar, terdapat pelbagai punca masalah ini. Antaranya:
- Masalah anxiety
- Masalah kalenjar tiroid
- Masalah jantung
- Tekanan darah rendah
Untuk mengenal pasti penyebab sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan haruslah dijalankan. Ujian tertentu seperti ujian darah dan imejan juga mungkin perlu dilakukan. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk merujuk perkara ini dengan lebih lanjut agar prosedur yang berkenaan boleh dilaksanakan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Terima kasih.