
Sulit
4 tahun
Jantung berdebar kencang
Saya wanita berusia 25tahun. Saya baru lepas bersalin. saya masalah jantung berdebar debar,rasa mual,rasa xsedap diperut,pening serta berpeluh. Tiba-tiba saya mempunyai perasan tidak sedap hati seperti panik secara tiba-tiba.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Lemah jantung
- Tekanan darah tinggi
- Hipertiroid
- Anemia (kurang darah di dalam badan)
- Masalah psikologi:
- Kurang rehat
- Keresahan (anxiety)
- Kemurungan (depression)
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan masalah sebenar anda berdasarkan soalan sahaja memandangkan maklumat lanjut juga perlu diketahui. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut perihal kesihatan jantung, sila hubungi kami pada link di bawah untuk bercakap dengan doktor kami secara PERCUMA. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!