
Sulit
3 tahun
Jantung berdebar tanpa sebab, walaupun dalam keadaan santai seperti membaca buku ataupun menoton tv
saya wanita berumur 42 tahun. Sejak kebelakangan ini saya sentiasa berdebar-debar sehingga kadang-kadang saya rasa macam nak sesak nafas. Dalam minggu ini 2-3 kali saya mengalami simptom demikian. saya seorang yang ceria dan tiada masalah stres. Saya sentiasa periksa kadar nadi rehat sebaik bangun tidur. KNR 70-75 denyutan nadi seminit. Adakah saya ada masalah jantung?

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah jantung berdebar anda. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab mengapa seseorang boleh mengalami jantung berdebar:
- Penyakit lemah jantung
- Kurang darah merah (anemia)
- Masalah endokrin seperti hipertiroid
- Masalah psikologi seperti panik dan anxiety
- Membuat aktiviti yang terlalu berat
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Untuk pengetahuan anda juga, kadar nadi rehat yang normal adalah antara 60 - 100 denyutan dalam satu minit. Walau bagaimanapun, ini hanyalah pandangan kami secara am, anda masih perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar dan supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan kepada anda.
Segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai gejala seperti yang disebutkan di bawah:
- Sakit dada
- Berpeluh
- Demam
- Sukar bernafas
- Jantung berdebar mengganggu aktiviti harian dan tidur anda
- Pitam
- Lemah dan lesu badan
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut perihal kesihatan jantung, sila hubungi kami pada link di bawah untuk sesi konsultasi secara PERCUMA. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!