ieyaadee
2 tahun
Jantung berdebar waktu tidur
Saya ibu kepada 3 anak lingkungan umur 1-5tahun. Berumur 26tahun. Saya ada satu masalah hampir sebulan menganggu waktu tidur. Saya kerap merasakan jantung berdebar waktu tidur dan terus tersedar daripada tidur yang hanya dalam 10minit sahaja. Apabila bangun dari tidur saya masih dapat rasa jantung berdebar dalam 5minit dan tak dapat lelapkan mata semula.
Sebelum ni doc ada maklumkan pada saya keputusan mri saya mengatakan (suspicion cyst mass suprasellar area causing compression to the pituitary gland) adakah ini terkait atau penyebabnya? Atau ada penyebab lain?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Masalah jantung
- Hipertiroid
- Psikologikal:
- Keresahan (anxiety)
- Kemurungan (depression)
- Stres atau tekanan emosi
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Jantung berdebar boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Sukar untuk kami katakan sama ada masalah yang dialami oleh anda berpunca daripada masalah yang disebutkan oleh doktor anda ataupun daripada masalah lain.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami melalui link di bawah untuk bercakap dengan doktor kami secara PERCUMA. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!