
Sulit
4 tahun
Jantung berdegup laju dan kuat walaupun dalam keadaan rehat serta nafas menjadi berat dan semput walau tidak melakukan aktiviti berat serta dada berasa nyeri tiba-tiba
Hello Dr. Saya Wanita berusia 25 tahun. Kebelakangan ini, saya sering berasa penat walaupun sudah mendapatkan rehat. Selain itu, jantung saya sering berdegup laju dan kuat walaupun saya tidak melakukan sebarang aktiviti dan bertambah laju apabila saya melakukan aktiviti ringan seperti sidai baju dan memasak. Jantung berdegup laju itu diikuti dengan rasa berat di dada dan terasa semput dan nafas menjadi berat. Ketika saya mendaki tangga, untuk sampai ke tingkat satu sudah cukup untuk membuat jantung saya berdegup dengan sangat laju dan susah untuk bernafas. Kadangkala saya berasa nyeri di bahagian dada. Apabila saya duduk terlalu lama dan bangun untuk melakukan aktiviti, saya merasa seperti mahu pitam atau gelap pandangan mata. Tinggi saya ialah 168cm dan berat saya 48kg. Saya harap dr. Dapat membantu menjawab soalan saya ini. Terima kasih.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Namun, kami memerlukan maklumat yang lebih lanjut daripada anda sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Bagaimanapun, untuk makluman anda, gejala jantung berdebar dan laju boleh disebabkan oleh:
- Sangat tertekan
- Cemas dan panik
- Anxiety
- Tekanan darah rendah
- Hipoglisemia (Rendah gula dalam darah)
- Mengambil ubat yang merangsang jantung
- Penyakit hipertiroidisme
- Mempunyai masalah jantung yang lain seperti “arrhythmia”, kecacatan jantung, serangan jantung
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik pada link di bawah untuk berhubung dengan doktor kami secara PERCUMA untuk nasihat kesihatan jantung daripada pakar. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!
Jantung berdebar boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi