Sulit
3 tahun
Jantung berdegup laju menyebabkan dia kesukaran bernafas dan sukar untuk tidur semula selepas bangun dari tidur
Saya bertanya bagi pihak pasangan saya, sejak akhir-akhir ini dia sering mengalami jantung berdegup laju daripada biasa. Dia sukar tidur. Boleh doktor tolong jelaskan? Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah jantung berdegup laju boleh disebabkan oleh:
- Masalah ritma jantung
- Masalah hormon tiroid
- Masalah anxiety
- Demam - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
- Selepas melakukan aktiviti lasak atau melalui perkara yang mendebarkan atau menyeronokkan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.