Sulit
3 tahun
Jantung berdegup laju walaupun sedang rileks
saya wanita berumur 20 tahun, jantung saya berdegup laju kadangkala sederhana, sehingga dapat merasa degupan itu. ketika tidur pun bila tersedar masa nak geliat pun masih rasa degupan tu.padahal saya sedang rileks tak memikir apa apa pun, apakah penyebabnya itu? degupan tu kadangkala rasa hingga ke belakang saya juga berdegup.tapi setakat ni saya tiada simptom seperti sesak nafas yg kerap tapi cuma kadang kadang sahaja
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda alami. Untuk pengetahuan ada, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami gejala sedemikian, seperti:
- Anemia (kurang darah merah)
- Hipertiroid
- Psikologi: Stres, kegelisahan (anxiety)
- Lemah jantung
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya puncanya dapat dicari dan rawatan dapat diberikan sekiranya perlu.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara langsung di atas talian. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!