
fizarisachong
5 tahun
Jantung berdegup perlahan
saya wanita 20an, sya mengalami masalah degupan jantung perlahan, adakah itu normal atau sebaliknya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Kami memerlukan maklumat lanjut seperti berapakah kadar jantung anda dan apakah yang anda maksudkan dengan normal. Untuk pengetahuan anda, kadar jantung biasa adalah antara 60 hingga 100 denyutan seminit.
Degupan jantung perlahan bermaksud kurang 60 degupan seminit bagi orang dewasa. Antara penyebabnya ialah :
- Kelenjar tiroid yang tidak aktif (hipotiroidisme)
- Kerosakan tisu jantung yang berkaitan dengan penuaan. (Selalunya bagi orang tua)
- Kerosakan tisu jantung akibat penyakit jantung atau serangan jantung.
- Gangguan jantung semasa kelahiran
- Jangkitan tisu jantung (miokarditis)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link di bawah untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!