
Anonymous
2 tahun
Jantung berderbar /irama jantung tidak stabil
saya seorang pelajar , berumur 17 tahun , sejak 4 hari yang lepas saya mengalami masalah jantung berdebar sehingga hari ini . dan saya berasa agak tidak selesa pada tekak saya seperti sukar untuk bernafas . jantung berdebar ini datang secara tiba tiba . kadang kadang ketika saya sedang duduk berehat, belajar dan sebagainya . dah perkara ini berlarutan lama . adakah saya perlu berjumpa doktor ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Antara sebab-sebab degupan jantung laju adalah tekanan, selepas aktiviti fizikal, kafein, takut, bimbang, hipertiroidisme (kelenjar tiroid terlalu aktif dan mengeluarkan hormon tiroid berlebihan), penyakit jantung, ubat-ubatan tertentu dan anemia (kekurangan sel darah merah).
Kebanyakan orang mengalami keadaan ini sekali-sekala dan tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun, sekiranya anda sering mengalami masalah ini, anda harus dapatkan nasihat doktor. Jika anda mempunyai penyakit yang boleh menyebabkan degupan jantung laju seperti hyperthyroidism, anemia atau penyakit jantung, doktor akan memberi rawatan yang sepatutnya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.