
izharshah13
5 tahun
Jantung bergerak laju
Anak buak saya berumur 13 tahun… Jantung dia bergerak laju secara Tba2… Masa dikampung bermain lari2 n main game di hp n Tba2 jantung dia bergerak laju… Adakah disbbkn handphone? Sbb sblm ni dia slalu bermain hp semasa hp charge… Dan sy x x tau apa sbbny or ni mmg biasa terajdi untuk umur dia…
1

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan kami.
Antara faktor jantung laju dan berdebar adalah:
- Masalah ritma jantung
- Masalah hormon tiroid
- Masalah Anemia (kurang darah)
- Masalah anxiety
- Demam - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
Anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor jika keadaan ini berterusan.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Terima kasih