
Sulit
5 tahun
Jantung berlubang dan selalu sakit
Hi/Assalamualaikum. Saya aina and umur 20 dan saya dapat tahu saya mempunyai jantung brlubang dan masalah injap mcm mna saya bole tahu sbb saya buat check up utk msuk univrsty pda umor 18thn but saya mcm xcaya sbb saya xpernah rasa sakit tu sampai la saya umor 19 saya pergi check up jugak tapi klinik lain and doct pon cakap benda yang sma so start dri situ saya start buat rawatan la dgn doct smpai la ada appoinment scan apa tu yaa saya di sahkan mempunyai jantung brlubang dan injap sempit and sejak dari itu saya selalu sangat rasa sakit dan sekarangg kerap sangat rasa sakit itu tujuan saya saya ingin brtanya kenapa selalu sangat rasa sakit . Saya punya appointmnt dgn doct lambat lagi dkt 9bulan utk buat cardio. So saya nak tnya bahaya tak kalau sering rasa sakit and kenapa semakin rasa skit . Thnkyou that all for me.

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, sakit dada merupakan antara gejala penyakit jantung. Anda boleh terus ke hospital untuk tindakan selanjutnya. Ia boleh disebabkan oleh sesuatu yang serius atau sesuatu yan tidak berbahaya. Doktor perlu mengesahkan hal ini terlebih dahulu. Adukan masalah anda ini kepada doktor yang bakal anda jumpa.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link di bawah untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!