
bluet13
2 tahun
Jantung berlubang semula?
Recently saya sakit astma yg teruk. Sy wheezing demam chills jantung berdegup tidak sekata dan sukar bernafas lebih seminggu. Sy sdh lama bwrhadapan serangan astma. Sy bekas pesakit jantung berlubang semasa bayi, saya risau masalah astma sy cuma simptom utk jantung sy berlubang semula

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, asthma dan jantung berlubang ini adalah penyakit yang berlainan. Asthma ini berpunca daripada masalah paru-paru, manakala jantung berlubang ini merupakan masalah pembentukan jantung sejak lahir. Kedua-dua ini boleh menyebabkan sesak nafas dengan mekanisme yang berlainan.
Sekiranya sesak nafas anda berpunca daripada asthma, anda perlu mendapatkan pemeriksaan dan rawatan yang lebih lanjut mungkin dengan Inhaler. Bagi sesak nafas yang disebabkan oleh jantung berlubang, sekiranya anda telah melakukan pembedahan untuk menutup lubang ini, peluang untuk berbuka lagi adalah sangat jarang. Jika lubang ini adalah lubang yang besar, sesak nafas ini merupakan komplikasi penyakit ini dimana saluran darah akan terbalik dan menyebabkan bekalan oksigen yang tidak cukup, komplikasi ini bernama “eisenmenger syndrome”, selalunya dengan lubang besar di ventricle.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.