Sulit
3 tahun
Jantung degup laju dan bengkak
Umur 20 smlm sy buat medical ceckcup doctor kata jantung saya bengkak dandenyutan jantung saya degup laju bacaan 125-130saya bukan perokok dan jarang keluar rumah atau buat keje berat. Boleh saya tau punca2?
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, degup jantung normal manusia dewasa secara puratanya adalah antara 60-100 degupan seminit. Sekiranya degupan jantung anda dalam lingkungan kiraan ini, maka degupan jantung anda adalah normal. Namun, terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan degup jantung laju adalah:
- hipertiroid
- akibat pengambilan minuman berkafein seperti kopi atau teh
- akibat minuman alkohol
- akibat ubatan dan herba
Simptom yang merbahaya dan memerlukan perawatan segera adalah sesak nafas, pening, pengsan/hampir pengsan, sakit dada keterlaluan dan kelemahan secara tiba-tiba. Seandainya gejala yang berlangsung dapat menganggu rutin harian anda, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Anda juga disaran untuk berjumpa doktor pakar jantung jika ini merunsingkan anda. Terima kasih
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!