
cikmiatgm1311
3 tahun
Jantung selepas vaksin
Saya wanita berumur 24 tahun saya baru mendapat vaksin Pfizer sejak saya dapat vaksin jantung saya berdegup laju sangat sampai rasa di dada dan ada sakit dada sedikit kadang kadang nak bernafas pon susah bila jantung laju jadi adakah saya mengalami keradangan pada jantung saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda baru lepas menerima vaksin COVID-19, kini mengalami perasaan jantung laju dan sukar untuk bernafas. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kumpulan gejala yang anda nyatakan boleh disebabkan oleh beberapa penyakit. Antaranya adalah:
- masalah jantung
- penyakit tiroid
- asma
- COPD
- anaemia
- kesan sampingan vaksin
Berikut merupakan senarai umum kepada perkara yang boleh menyebabkan penyakit anda. Namun, kami tidak dapat memberikan nasihat rawatan atau diagnosis tepat kerana tiada sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal.
Jika anda risau mengenai kesan sampingan vaksin, simptom yang anda nyatakan boleh menjadi sesuatu yang serius. Terutamanya jika ia amat memberi kesan kepada kesihatan anda. Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC).
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Bagi maklumat lanjut, sila hubungi doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini