
Sulit
4 tahun
Jantung terlalu laju dan terasa berhenti sekejap
Saya berumur 13 tahun dan seorang atlet sekolah sejak kebelakangan jantung saya laju dan terasa berhenti seketika adakah ianya berbahaya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, kadar denyutan jantung berbeza antara individu. Semasa anda sedang berehat, kadar denyutan nadi adalah lebih rendah manakala kadar denyutan nadi meningkat semasa anda sedang mengambil bahagian dalam aktiviti bersukan. Ketika sedang bersukan, badan akan mengepam lebih banyak darah untuk membekalkan oksigen ke seluruh badan termasuk otak.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami sebarang gejala lain yang mengganggu seperti jantung berdebar-debar, sakit dada, kesukaran bernafas dan rasa hendak pitam.
Sila klik pada link di bawah untuk berhubung dengan pihak kami secara PERCUMA bagi nasihat kesihatan jantung. Terima kasih
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi