
zhrh.abdllh
3 tahun
Jarak kehamilan yang rapat
Assalam/selamat sejahtera doktor. Sy seorang wanita berusia 27 tahun… tahun ini (april 2021) sy baru sahaja melahirkan bayi secara normal dan tanpa jahitan. Kemudian sy mengambil perancang kluarga jenis pil (noriday). Beberapa hari yang lalu, sy buat test upt (disebabkan sy kerap mual dan sakit kepala seperti tanda hamil) dan hasilnya positif. Anak sy kini berusia 5bulan (terkini september) dan sy pula hamil 1bulan. Adakah jarak ini mempunyai risiko kepada bayi dlm kandungan sy dan bagaimana untuk sy teruskan kandungan ini sedangkan dari segi mental dan fizikal sy masih belum bersedia. Sy juga ingin pencerahan mengapa pil tidak berkesan utk sy sebagai perancang.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, jarak kehamilan yang lebih disarankan adalah sekitar 2-4 tahun. Jarak kehamilan terlalu dekat lebih berisiko untuk kelahiran prematang, anemia, gangguan plasenta, dan rahim terkoyak bila sebelumnya dilakukan persalinan dengan operasi caesar.
Langkah terbaik yang dapat anda lakukan adalah dengan rutin melakukan pemeriksaan rutin kehamilan dengan doktor setiap bulan atau sesuai dengan jadual yang telah ditetapkan oleh doktor anda.
Untuk menjaga agar kehamilan tetap sihat, pastikan anda cukup rehat, mengambil makanan yang sihat dan berkhasiat, banyak minum air putih, hindarkan diri daripada stress, dan beriadah bila sudah diperbolehkan oleh doktor.
Pil perancang kadang kala tidak berkesan sebagai perancang kehamilan boleh disebabkan oleh disiplin seseorang yang tidak meminum ubat seperti yang diarahkan ataupun terlupa untuk mengambil ubat tersebut.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan