
Sulit
4 tahun
Jari jemari bengkak saat trimester ketiga
Hi doktor, sy nak tanya adakah jari jemari mengembang secara tiba2 saat penghujung kehamilan itu normal? sebelum ini jari sy ok tapi malam ni sy perasan jari sy tiba2 kembang. utk maklumat doktor, ini adalah kali pertama sy hamil dan sudah memasuki minggu ke 32.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu bengkak dan sakit pada sendi tengah jari. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Terdapat pelbagai punca ibu jari tangan boleh membengkak dan sakit. Antaranya:
- Radang sendi
- Penggunaan ibu jari secara berlebihan
- Gouty arthritis
- Rheumatoid arthrits
- Trauma pada ibu jari
- Alahan kepada persekitaran
Untuk pengetahuan anda, ibu mengandung ada kecenderungan untuk mengalami kebengkakan pada anggota badan seperti tangan dan kaki. Namun jika kebengkakan ini berlaku secara drastik, ia boleh disebabkan oleh masalah pre-eclampsia .
Untuk info lanjut, sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.