fazzlymahmudin
3 tahun
Jari jemari tangan kebas dan sukar bergerak
Saya berumur 30 tahun dan sihat tubuh badan. Seminggu yang lepas saya mengalami kebas jari jemari tangan sebelah kiri. Untuk pengetahuan tuan doktor, sehingga kini saya masih merasa kebas, kurang deria dan sukar menggerakkan jari2 tersebut. Hospital ada membekalkan ubat melancarkan darah tetapi masih lagi rasa sukar untuk menggerakkan jari. Diharap tuan doktor dapat memberi penjelasan dan kaedah rawatan untuk sakit yang saya hadapi ini.
Sekian, terima kasih.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi,ada beberapa jenis penyakit yang boleh menyebabkan keadaan ini , terutamanya sekiranya anda ada penyakit kencing manis yang terlalu tinggi , cedera kepada saraf tangan , kekurangan vitamin , penyakit lain yang menyumbang kepada kekebasan jari
Saya akan menasihati encik untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan yang lebih jelas daripada doktor sekiranya masalah ini berterusan .
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!