sitizaleha0927
3 tahun
Jari manis Dan kelingking kebas Dan berdenyut
Jari manis Dan kelingking terkena pisau… Sejak haritu jari yg terkena pisau… Tidak boleh berfungsi seperti tak boleh bengkokan… Dan tidak kuat untuk memegang sesuatu objek. Dan semakin hari jari itu berdenyut Dan kebas… Sudah 3 bln dah. KENAPA BILA SAYA BANGUN DI WAKTU PAGI… TANGAN SAYA SERING KEBAS DAN APA YANG PERLU SAYA LAKUKAN SUPAYA TANGAN SAYA KEMBALI NORMAL?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, kemungkinan besar jari anda tidak dapat berfungsi atau bengkok disebabkan masalah saraf atau otot akibat kecederaan oleh pisau.
Saya sarankan agar anda merujuk masalah ini kepada pakar orthopedik iaitu pakar tulang untuk rawatan dan cara mengatasi masalah ini.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih