
Anonymous
4 tahun
Jari telunjuk kebas selepas bangun tido
Saya wanita berusia 28 thn… Sudah berkahwin punya 1 org anak. Malam tadi sy tido lewat buat kerja rumah menyiapkan bahan2 untuk suami pergi keja eskya pg jam 5. Setelah siap sediakan bahan sy tgk shoppee Di telefon bimbit saya sampai tertido. Keesokan pgnye bgn2 jari telunjuk saya kebas2 sampai sekarang jam 3 ptg masih kebas.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kebas jari anda mungkin berunca:
- Tekanan pada saraf jari
- Trauma
- Tidak cukup aliran darah ke saraf jari
- Kurang vitamin B
- Carpal Tunnerl Syndrome
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.