annadayah31113
3 tahun
Jari tgn kerap kebas
Sy wanita berusia awal 26thn, beberapa bulan lepas hingga hari ini jari tgn kanan saya kerap sakit dan kebas (3 jari). Tumit kaki saya juga kerap sakit, bila berjalan saya rasa tak mampu utk memijak. Utk mkluman pihak doktor, sy ada ketumbuhan di payudara kanan( fibroids). Adakah itu berkaitan? Terima kasih
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Beberapa keadaan boleh menyebabkan tangan dan kaki terasa sakit atau kebas. Antaranya :
Kencing manis
Strok
Sindrom Himpitan saraf(Nerve Entrapment Syndrome)
Penyakit Sistemik
Kekurangan Vitamin
Penggunaan Alkohol
Toksin
Penyakit Autoimun
Beberapa jenis penyakit autoimun adalah:
- Guillain-Barre syndrome
- Systemic Lupus Erythematosus
- Rheumatoid arthritis
Walaubagaimanapun, untuk menentukan apakah anda mengalami keadaan yang tertera di atas, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.