Anonymous

4 tahun

Jaundice tsb 144 , bayi pramatang

Saya baru melahirkan seorang cahaya mata, sudah 17 hari dilahirkan. Bayi didapati terkena jaundice. Bayi yang dilahirkan pada minggu 35 dan 6 hari, tidak cukup minggu/bulan. Bacaan tsb bayi berkurangan dan bertambah. Baacan dari tiap klinik dan hospital berbeza2, apabila mereka menggunakan alatan seperti penembak bacaan sangat rendah contoh seperi 160 akan tetapi apabila mengambil sample darah, bacaan tsb menjadi 257. Disini, menyebabkan kenaikan yg begitu tinggi tahap bacaan tsb bayi saya. Sekaligus, mengelirukan saya. Pendapat doctor dan nurse tidak sama sekali, walaupun dalam klinik yg sama. Ia menyebabkan saya menjadi tidak keruan sekaligus stress apabila bacaan yg diberi naik mendadak. Hal yang demikian juga, suami saya berkata berkenaan jaundice anak disebabkan, saya kerap meminum tealive, iaitu minuman daripada teh. Adakah, ia merupakan salah satu faktor kenapa bayi saya terkena demam kuning? dan bagi bacaan normal itu bagaimana saya perlu tahu, dan adakah berat badan bayi merupakan salah satu faktor masalah bayi? Berat semasa dilahirkan iaitu 2.6kg akan tetapi apabila seminggu menetap di hospital, dan awal bersalin hingga 3/4 hari saya demam dan anak saya tidak mendapat susu badan dari saya. Pada hari ke 7 di hospital, berat terbaru adalah 2.3kg. Dan seterusnya, apabila warded kembali akibat kuning, berat masih sama 2.3kg. Pada hari ke 14 anak saya berat naik kepada 2.4kg dan pada hari ke 17 iaitu 2.5kg. Doktor di klinik minta saya refer hospital untuk mendapatkan rawatan bayi, kerana bacaan tsb 146 dan berat bayi 2.5kg, alasan diberikan adalah berat bayi tidak naik dari hari ke 14-17 hanya naik 200gram sahaja. Dia ingin, berat badan naik lebih 2.6kg dari berat badan semasa lahir, apakah ini juga berkait rapat dengan jaundice? saya musykil berkenaan berat badan sekarang ini, bayi perlukan berapa kenaikan berat badan untuk sehari? adakah 1kg sehari. Saya minta pendapat dari Doktor, harap jawapan yang diberikan adalah yang memuaskan hati saya. Terima kasih

Dr Ramzdhan,

4 tahun

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan yang anda berikan, bacaan jaundice atau bilirubin bayi sememangnya akan berubah-ubah dari semasa ke semasa kerana badan bayi akan memproses dan mengeluarkan lebihan bilirubin tersebut. Lebihan bilirubin boleh disebabkan oleh penyakit seperti G6PD, thalasemia, bayi tidak cukup bulan, Sindrom Crigler-Najjar dan banyak lagi. Bacaan bilirubin juga akan berbeza mengikut jenis alat yang digunakan dimana bacaan darah adalah lebih tepat.

Untuk merawat masalah kekuningan bayi, punca masalah perlu diselesaikan dahulu. Masalah berat bayi yang kurang adalah salah satu masalah yang perlu ditangani kerana berat bayi yang kurang bermakna mereka juga lemah dan lambat untuk pulih dari kekuningan. Tambahan berat bayi dalam sehari tidak perlu sampai 1kg bahkan tidak pula sampai 100g sehari. Ianya berdasarkan sekiranya bayi tersebut pra-matang ataupun tidak. Untuk mengatasi masalah yang dihadapi puan, puan dinasihatkan untuk mengikuti segala nasihat yang diberikan oleh pihak hospital terutamanya mengenai hal pemakanan, vaksinasi serta rawatan kekuningan ini. Sekian.

adorable-21998_640

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)