Sulit
5 tahun
Jawapan untuk swap test c-19
Hi doktor, saya nak bertanya mengenai jawapan swap test c-19 yang dilakukan pada 2/12 sehingga hari ni tiada jawapan. Bagaimana hendak mengetahui jawapan? Adakah 2nd swap test diperlukan sebelum potong gelang?
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Saya cadangkan anda untuk menghubungi dahulu pusat atau klinik yang anda melakukan swab test untuk mendapatkan keputusan. Untuk makluman pihak anda, keputusan swab selalunya mengambil masa dalam 38 jam. Akan tetapi, tempoh ini boleh menjadi lebih lama sekiranya ramai yang menjalani ujian tersebut.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































