
Sulit
4 tahun
Jerawat dan berparut lebih kurang 2tahun
hai sy ad mslah jerawat & berparut almost 2years … mcm2 suppliment & produk sy telah mkn tp tk mnjadi termasuk ubt klnik …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah jerawat yang anda hadapi. Untuk makluman anda, untuk mengetahui suatu produk penjagaan wajah itu sesuai atau tidak dengan kulit anda, adalah dengan mengenalpasti reaksi kulit anda terhadap produk tersebut. Sekiranya produk tersebut tidak sesuai dengan jenis kulit anda, ia akan memberikan reaksi tindak balas seperti ruam, kemerahan ataupun timbul jerawat baru di tempat/kawasan wajah yang tidak pernah ditumbuhi jerawat sebelum ini.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih